Make your own free website on Tripod.com
Rita Rudaini Online
Home
Biography
Film
Drama, Telemovie, VCD
Related Links
Contact Me
Gallery

Film

Di bahagian ini,saya akan sertakan sedikit maklumat mengenai semua filem lakonan Rita Rudaini...

A film reel; Size=240 pixels wide

MENDAM BERAHI(2002)

Sinopsis

Kisah bermula mengenai kapal Mendam Berahi milik Sultan Mansur Shah yang dilarikan oleh Laksamana Khoja Hassan yang meninggalkan Melaka bersama harta karun semasa serangan Portugis pada tahun 1511. Selepas 500 tahun, pihak kerajaan melantik sebuah agensi untuk mencari kapal tersebut. Agensi tersebut diketuai Madam X yang mengarahkan tiga ejennya Edsa, Tania dan Sara yang dilatih oleh Komander Jiman untuk mengesan kapal tersebut di Kepulauan Sulu. Datuk Azmi, musuh ketat Madam X begitu marah dan iri hati apabila tidak mendapat tender tersebut. Dia mengupah Tiger Telly untuk mensabotaj rancangan Madam X dan tiga srikandinya. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha mengesan kapal Mendam Berahi, namun tiga wanita tangkas tersebut tetap meneruskan misi mereka.


Pengarah: Z.Lokman

Sumber: www.filemkita.com

MAMI JARUM(2002)

Sinopsis

Mami Jarum ialah seorang yang angkuh dan menganggap dirinya sahaja yang sempurna. Sikap mementingkan harta kedudukan serta mencari kesalahan orang lain, selain bercakap besar merupakan tabiat buruk yang telah sebati dalam dirinya. Setelah diceraikan oleh suaminya, Mami Jarum tinggalbersama dua orang anak gadisnya. Anak sulung, Shiqah, bekerja sebagai setiausaha sulit di sebuah syarikat besar. Manakala anak bongsunya, Syafinaz, merupakan pelajar universiti. Mami Jarum mempunyai adik perempuan bernama Azizah Bee, seorang surirumah yang berkahwin dengan Piee, lelaki yang telah berusia...

Pengarah: A. Razak Mohaideen

Sumber: www.filemkita.com

MISTIK(2003)

Sinopsis

Sekumpulan penuntut universiti ditugaskan membuat kajian mengenai kewujudan unsur-unsur mistik yang terdapat dalam budaya Melayu dan mereka perlu mendokumentasikannya dalam bentuk filem. Mereka memilih sebuah pulau yang terpencil dan tidak berpenghuni untuk menjalankan kajian tersebut. Pelajar yang mengikuti ekspedisi itu terdiri darpada Shafiq selaku ketua kumpulan, Aryan (pelajar dari Indonesia), Mona, Anok (pelajar dari Thailand), Rina, Atirah, Hakim, Jeffrey dan Tasya. Di antara semua pelajar tersebut, Anok yang paling skeptikal kerana tidak mudah mempercayai sesuatu tanpa bukti yang kukuh. Manakala Rina pula seorang yang paling penakut dalam kumpulan tersebut. Mereka semua menuju ke Pulau Bayu Biru dan terpaksa menempuhi pelbagai kejadian aneh lagi menakutkan!

Pengarah:A. Razak Mohaideen

Sumber: www.filemkita.com

MAKAR(2004)

Sinopsis

Kisah mengenai muslihat yang berlegar dalam persahabatan enam rakan di sebuah kolej. Pertemuan semula dalam satu majlis membongkar kisah tragedi yang berlaku beberapa tahun sebelumnya hingga seorang demi seorang menjadi mangsa pembunuhan ngeri.

Pengarah: Silver Chung

Sumber:www.filemkita.com

CINTA(COMING SOON!!!!)