Make your own free website on Tripod.com
Rita Rudaini Online
Home
Biography
Film
Drama, Telemovie, VCD
Related Links
Contact Me
Gallery

Biography

Bermula dengan pembabitan di dalam pertandingan Dewi Remaja,kini Rita Rudaini semakin dikenali ramai. Drama pertamanya, Dulang Wan Chu di bawah arahan Ismail Yaakob menyerlahkan bakatnya dalam bidang seni lakonan dan bermula dari situ beliau tidak lagi menoleh ke belakang. Rita sendiri mengaku pada awalnya bahawa bidang ini sukar baginya, namun dengan bakat yang dimiliki akhirnya mendorong beliau menjadikan lakonan sebagai pilihan kerjayanya.

Permulaan kariernya sebagai pelakon amat menguji dirinya,kalau dulu dia hanya diberi watak sampingan dan tidak keterlaluan saya katakan ia hanya watak picisan sahaja.Malah ruang untuk Rita terus menggilap namanya di persada seni hampir lenyap lantaran pergeseran dengan sebuah syarikat produksi,namun semangatnya yang kuat telah megubah nasibnya sehingga mampu berganding bersama pelakon-pelakon yang telah lama menempah nama di dalam seni lakon.

Drama Rafflesia bagaikan mengubah hidup pelakon jelita kelahiran Perlis ini.Di dalam drama bersiri ini,Rita digandingkan dengan pelakon yang cukup popular dan berpengalaman iaitu Jalaluddin Hassan. Rafflesia mengukuhkan nama Rita, sekali gus menyerlahkan bakat sebenarnya sebagai pelakon.



NAMA: Rita Rudaini Mokhtar

ASAL: Kangar, Perlis

TARIKH LAHIR: 11 April 1976

ADIK BERADIK: Tiga orang (anak ke-2)

PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

HOBI: Membaca novel romantik dan cinta